CaraGuna

Tahniah Untuk Guru yang sudah memiliki apps unik ini

Bagi pengguna Appsheet UBK versi terkini 17.5, Mula2 sekali setelah mendapatkan apps ini, test dulu membuat penghantaran Ucapan Birthday kepada murid/pelajar.

Pada Menu dibawah, Klik Send Birthday, Klik perkataan Happy Birthday yang warna kuning tu, kemudian akan muncul senarai nama yang besday hari ini. Disini ada 3 pilihan, Klik Ikon Ibu-hantar ucapan kepada HP Ibunya, jika Ikon Lori- hantar ke bapanya dan Ikon Kek, hantar ke Grop Whatsapp kelas. Boleh pilih salah satu. Atau ketiganya pun takde masalah.

Rating: 3 out of 5.

Perhatian. Gambar yang dimasukkan kini tidak lagi akan hilang. Kerana sudah ada rumus untuk memanggil semula link gambar murid, dengan syarat sebelum cikgu update data baru, kena duplicate dahulu data yang ada.

— Gambar Murid

Rating: 4 out of 5.

Anda mungkin perasaan ada tutorial yang saya tunjukkan mengandungi gambar murid. Gambar ini cikgu kena upload sendiri, pilihlah waktu sesuai untuk merakam gambar. Sebaiknya ambil masa setahun sekali untuk isi mana-mana murid yang belum ada gambar, hari ini 10 orang, esok lagi 10 orang lagi, atau fokus kepada murid yang hadir buat sesi sahaja dahulu.

Menarik

Menariknya, cikgu boleh pDF kan gambar dan laporan ini. Gambar yang sudah pun diupload di Appsheet, akan berada di google drive, cikgu boleh delete gambar murid yang ada dalam Hand Phone jika ingin berbuat demikian.

— Noorhisham Hamzah

Bagi yang ingin update data terkini, jika ada perubahan jumlah murid yang ramai, anda boleh ikuti cara dibawah. Guna PC untuk lebih mudah dan cepat. Namun jika hanya beberapa murid baru masuk, anda boleh tambah mengguna HP sahaja, buka Appsheet Klik Database Murid, Pilih +

Dengan Adanya

Apps seperti ini, ia membantu kita untuk buat kerja lebih mudah, kurang stress, semua nya sudah ada design bentuk laporan.
Feedback dari ahli keluarga apabila menerima mesej ucapan Besday untuk anaknya…
Murid diberi peluang membacanya kemudian guru bersoal jawab dengan tentang potensi yang baik dan tidak yang mungkin ada padanya lalu menganjur klien menjadi lebih baik.

versi 17.5

Apa aja yang ada dalam Appsheet UBK Versi 17.5 ini?

Bahan yang lama masih dikekalkan, namun ada seperti Learning Style, kini ada penambahan iaitu pada Besday This Week, iaitu senarai nama yang akan Birthday minggu ini, minggu akan datang.

Potensi Murid

Selain itu, cikgu boleh belajar mengenai cara penggunaan laporan potensi murid untuk memberi bimbingan kepada mereka perindividu. Laporan ini diambil dari mana? Ianya adalah sebuah dapat dari kajian terhadap ribuan insan-insan sebelum ini.

Cikgu Shazani salah sorang pengguna Appsheet

Alhamdulillah hr ni appsheet byk tolong saya. Hari ni kena handle Interaksi dengan ibu bapa berkenaan PBD untuk kelas yang saya jaga. Melalui Appsheet banyak maklumat tentang gaya belajar murid2 yang boleh saya kongsi dengan ibu bapa. Sampaikan kelas saya la yang paling last habis. Huhu nasib tak kena tinggal feri. 😂 : Cikgu Roslina Pangkor

Best la ada appsheet. Banyak manfaat sgt. Hari tu Masa exam upsr, ada murid Saya lambat datang ke sek. Dgn appsheet semua maklumat ttg murid tu ada dlm tangan, Tak perlu cari dlm buku dah. Terus Saya call parents murid tu. Kalau dia Tak datang jg mmg Saya pergi rmh dia sbb dah alamat beserta location maps dlm appsheet. Senang sgt.. ckgu kelas pun x sempat nak buat semua tu hehe. Lagi satu pkara yg best bila buat sesi kaunseling, sllunya muridkan Tak ingt ic, alamat, birthday dan maklumat parents kan, dgn ada appsheet semuanya lengkap . Tak perlu lg nk suruh murid ingat 😁. Terima Kasih sgt2 cikgu sham.. memudahkan kerja harian Saya 🤩🤩🤩🤩🤩 : Ku Normilawati, SK Taman Tasik

Rafidah Razak

Serius mmg best sgt ade appsheet..sangat memudahkan kerja dan membuat semakan sesi dan data..

Nak update maklumat jugak amat mudah..siap ade maklumat gaya belajar murid..sama ada kinestatik, berfokus dan sebagainya..ini memudahkan sy memahami dan mengenalpasti kecendurungan awal terhadap anak didik sy..selebihnya blh diterokai ketika sesi diadakan..

Syabas dan tahniah cg sham dlm membangunkan app ini..semoga kepelbagaian dan manfaat ilmu ini dapat disebar luas bagi memperkasakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.. Rafidah Razak SK Pelabuhan Kelang

Solihah SMK Rawang

Tn Esa Samad, Kaunselor SBPI Rawang

Alhamdulillah pengalaman menggunakan appsheet menjadikan kerja2 sebagai kaunselor amat mudah. Sebagai contoh selaku kaunselor SBP sebelum ini memang sukar dapat memenuhi 5 klien seminggu kerana murid sibuk dengan proses PDP tapi selepas mengapliksi Appsheet tidak susah membimbing hatta 10 orang seminggu. Di mana2 saja, kelas relief, kantin, koperasi kita boleh ketemu murid, memberi bimbingan dan segera merekodkan dalam appsheet selain sesi kaunseling formal. Juga untuk mengenalpasti gaya belajar, tarikh lahir dan lain-lain. Tahniah Sham
Tn Esa Samad, Kaunselor SBPI Rawang

Solihah Salleh

Dgn ini saya menyeru kpd GBK khususnya..belajarlah ilmu metafizik, appsheet, excel, cap jari dll.. Ilmu-ilmu yang boleh upgradekan diri anda.. Jangan jadikan diri anda seperti mula-mula posting dulu..UP kan lagi . Saya berterima kasih dan menghargai niat Tuan Noorhisham utk membantu GBK di Malaysia..
TAHNIAH TAHNIAH

Mudahnya dengan APPSHEET..Kini saya menjadi lebih HEBAT, PANTAS & SEBIJAK APPSHEET…
Maklumat semua murid, semua tingkatan di hujung jari SOLI… Terima kasih kpd JU yang terunggul, Tn Noorhisham yang tidak jemu jemu mengajar Soli secara alam maya..
Solihah Salleh, SMK Rawang

Cikgu Zuraida

Assalamu alaikum dan Salam Sejahtera guru sekalian, selamat melangkah ke Tahun Baru 2023.

Mari, usahakan tahun 2023 ini anda lebih baik dari 2021 bagi anda dalam keluarga, kerjaya, kesihatan, rezeki dan segalanya.

Saya senang sekali, kerana 2019 menemukan saya dengan perisian appsheet, saya belajar dan kejar ilmunya sampai ke luar negeri.

Alhamdulillah, telah ramai rakan-rakan guru yang telah mengambil manfaat bersama, Jom baca apa kata kawan kita ni.

Cikgu Zuraida Assalamualaikum….tak sabar saya nak share ngan en sham…saya teruja sebenanye dengan sppsheet ni…. Best sangat sambil duduk depan tv pon boleh masuk² data murid…mudah sangat nak key in sesi, aktiviti, program…tak perlu bawa buku log sesi ke mana² lagi dah….yak yak yeay….💃💃💃. 😂 : Cikgu Zuraida

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑