Buletin Edisi 1 / 2021

Berkarya untuk berbagi, Untuk Hidup Berbakti, Semoga ada yang mendapati, setelah kita mati, ianya menjadi amal bakti.

Terima Kasih Cikgu

Bertemu kembali anak-anak, 2 tahun PKP dan Corona memisahkan kita. Masa berlalu pantas, kasut, seluar sudah tidak muat, tubuh membesar, kita terus dewasa.

SYUKUR

Pantas kita mengucap rasa syukur, kerana Tuhan masih memberi kita waktu untuk hidup. Sedangkan kiri kanan kita, seorang demi seorang gugur. Semoga mereka semua diampuni segala dosanya.

Kita yang masih hidup, mari teruskan kehidupan, kita juga akan menyusul mereka yang pergi. Tugas kita disini belum selesai.

Tugas anak-anak adalah belajar. Sekencang apa pun bencana yang datang, belajar adalah tugas kita yang tidak boleh ditinggalkan, kerana ILMU itu Tuhan berikan hanya kepada makhluk nya yang Bernama manusia.

Makhluk lain tidak dapat menerima ilmu, walau ia besar seperti bukit, walau ia tinggi seperti pohon kelapa.

Jangan pernah leka bermain sampai meninggal kewajipan belajar. Apalagi jadi malas ke sekolah gara-gara tidak siap kerja sekolah.

Sikap menangguh kerja, satu hari satu, 2 hari jadi 2, lama-lama jadi bertimbun.

Stress Sendiri

Setelah BERTIMBUN, baru kita dapat rasakan banyaknya kerja.

Itu lah amalan tidak baik. Menangguh.

TERIMA KASIH CIKGU

Satu Lagi sikap tidak baik yang selalu diamalkan sehingga seakan sebati iaitu tidak tahu berterima kasih kepada guru setiap kali menerima apa-apa pemberian guru.

Baik itu kata-kata motivasi, pujian, pengajaran, nasihat dan ilmu.

Jangan biasakan kaku mengucap atau menaip “TERIMA KASIH CIKGU”.

Ada hadis Nabi kalau mahu tahu.

Tidak bersyukur kepada Allah siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia.

Satu ungkapan yang mudah, hanya terima kasih, tetapi hakikat tidak mudah mulut mengucapkan.

Oleh sebab majoriti (ramai) manusia susah nak ucap, jika kita boleh melakukannya, kita akan menjadi manusia yang luar biasa.

Luar dari kebiasaan orang ramai dan ketahuilah bahawasanya ahli Syurga itu adalah manusia yang luar biasa.

Anak-anak pasti mahu menjadi ahli syurga bukan? Biasakan melakukan hal-hal yang luar biasa.

Salam Luar Biasa Hebat.
Terus Sukses dan Cemerlang.

Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑